Pengikut

Khamis, 4 April 2013

Keputusan SPM

Assalamualaikum w.b.t
Aku rasa mungkin masih belum terlambat untuk aku ceritakan tentang keputusan SPM aku. Aku sebelum pergi ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM , aku semak gunakan SMS terlebih dahulu, tunggu punya tunggu mesej tu tak sampai pun. Aku pun bukalah kumpulan BATCH 1995 kat facebook aku tu, adalah sorang budak perempuan ni share link untuk semak keputusan SPM secara online. Rugi duit aku ja , sebab send mesej ke 15888 untuk mengetahui keputusan SPM aku. Aku pun semaklah, mula-mula aku semak keputusan kawan-kawan aku dulu, barulah aku semak keputusan aku. Eh, kawanlah sangat... huhuhu...

Keputusan aku adalah 1A 2A- 1B+ 3B 1C+ 1D 1E
A     :Prinsip Perakaunan
A-    :Sains dan Sejarah
B+   :Bahasa Melayu
B     :Mathematics,Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam
C+  :Ekonomi Asas
D     :Bahasa Inggeris
E     :Additional Mathematics

Subjek yang aku target untuk dapat A, tak dapat.. sedih dibuatnya... apa nak dikatakan.. aku redha je la dengan keputusan SPM aku ni sebab keputusan spm aku ni pun dah cukup bagus jika dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain. Sekolah aku paling tinggi pun 6A ja, dia budak kelas aku, budak ni memang pandailah nak habaq mai, tapi sayang akaun dya dapat D dan Add Math dia dapat D...

Bagi aku subjek add math ni memang susahlah, kalau gagal pun aku tak kisah sebab aku memang tak boleh bawa, susah nak mampuslah senang citer. Aku tak sangka sangat bahasa inggeris aku boleh dapat D.. apalah nasib aku.... Bahasa Melayu dapat B+ , aku tak sangka sangat dapat B+ sebab time percubaan aritu aku dapat A-... Aku dengar graf spm rendah, berdasarkan keputusan aku, apa yang aku dapat katakan adalah graf untuk paper Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut format permarkahan SAPS.

Aku gembira sangat-sangat sebab subjek SCIENCE/SAINS, aku dapat A-.. Apa yang aku dapat katakan paper sains time spm aritu memang senanglah terutamanya paper dua, apa yang aku baca banyak masuk , terima kasih ya allah... SEJARAH pulak aku ingat dapat A , rupa-rupanya A-... redha je la... btw, kat sekolah aku kan lima orang je dapat A untuk subjek sejarah ni, bangganya aku sebab tercalon. :)

Aku second last time amik result spm aritu, x dew feel langsung sebab budak-budak kelas aku dah amik keputusan, memang aku tak tahulah reaksi dorang macam mana time dapat keputusan spm haritu..

Aku dapat sijil LCCI pangkat 4... Bangganya.. heheheh
dekat sekolah aku lima orang ja dapat sijil lcci ni..
tiga orang budak kelas aku, dua orang budak kelas lain.
Dua orang jew dapat A untuk subjek prinsip perakaunan ni..
ak dapat A, lagi sorang ni dia dapat A-
kesimpulannya, ak terbaik untuk subjek prinsip perakaunan..
cikgu aku janji nak bagi RM 100.00 sebagai hadiah kalau akaun dapat A.. tapi dia bagi RM 50.00 ja ,, kenapa erk.. sedangkan aku sorang ja dapat A untuk akaun... Geram pun adalah jugak sebab dia tak kotakan janji, kalau tidak aku boleh pergi mc donald kalau dapat lagi RM50.00
duit aku yang rm 50.00 tu dah habis sebab pergi makan nasi kandar dengan mak aku.
Nasi Kandar memang terbaiklah....